Sunday, 11 January 2015

Jom Mantapkan Lagi Ilmu Tajwid !!

Assalamualaikum semua..
Di sini saya nak kongsikan sebuah blog berkaitan dengan ilmu tajwid..
Di samping ilmu tajwid daripada blog saya..
Kita belajar juga boleh menambah  ilmu tajwid  daripada blog yang lain agar lebih faham..
Jom Follow..

http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/

Friday, 19 December 2014

Tuesday, 16 December 2014

IKHFAK HAQIQI

Ikhfa' haqiqi  : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan idgham berserta dengung.

Huruf-hurufnya:    
ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك 

Tanda-tanda bacaan
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.



Cara bacaan:
Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya. 
Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut. 
Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la’. 

Contoh

IQLAB

Iqlab  bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau tanwin kepada sebutan mim م berserta dengung.

Hurufnya hanya satu: ب

Cara Bacaan:
Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merenggangkan dua bibir.

Tanda-tanda Iqlab:
Mempunyai tanda م kecil di atas nun sakinah dan huruf م kecil mengganti baris kedua tanwin.

Contoh

IDGHAM BI GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH

Idgham :

Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan..

Huruf-Huruf Idgham :

Idgham mempunyai 6 huruf semuanye iaitu : Ya, wau, mim, nun, lam dan ra' 



Pembahagian Idgham :  


Idgham terbahagi kepada 2 Iaitu:

1) Idgham Maal Ghunnah

2) Idgham Bila Ghunnah

Idgham Maal Ghunnah :

Pengertian - Idgham Maal ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah BESERTA dengung.


Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ade 4 iaitu - Mim (م), Nun (ن), Wau (و), dan Ya' (ي)

Contoh-contoh Idgham Maal Ghunnah boleh tengok gmbar dibawah:


Idgham Bila Ghunnah :

Pengertian - Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung.

Huru-huruf Idgham Bila Ghunnah ade 2 iaitu -  Lam (ل) dan Ra' (ر)

Contoh-contoh Idgham Bila Ghunnah boleh tengok gambar dibawah:


Oke.. tamat sudah penerangan tentang Idgham bi ghunnah dan Idgham bila ghunnah..
jumpe lagi nanti..:)

Sunday, 7 December 2014

IDZHAR HALQI

Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong.
Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah.

Huruf-hurufnya: 

Tanda-tanda bacaan:
Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.


Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara dengung. 


Sunday, 23 November 2014

Jom Study Ilmu Tajwid



Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

  • Idzhar halqi
  • Iqlab
  • Idgham bi ghunnah
  • Idgham bila ghunnah
  • Ikhfak haqiqi