Hukum tajwidnya juga lengkap..
Friday, 19 December 2014
Tuesday, 16 December 2014
IKHFAK HAQIQI
Ikhfa' haqiqi : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan idgham berserta dengung.
Huruf-hurufnya: ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
Tanda-tandabacaan :
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Carabacaan :
Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya.
Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut.
Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la’.
Contoh :
Huruf-hurufnya: ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
Tanda-tanda
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara
Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya.
Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut.
Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la’.
IQLAB
Iqlab bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau tanwin kepada sebutan mim م berserta dengung.
Hurufnya hanya satu: ب
Cara Bacaan:
Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merenggangkan dua bibir.
Tanda-tanda Iqlab:
Mempunyai tanda م kecil di atas nun sakinah dan huruf م kecil mengganti baris kedua tanwin.

IDGHAM BI GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH
Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan..
Huruf-Huruf Idgham
Idgham mempunyai 6 huruf semuanye iaitu : Ya, wau, mim, nun, lam dan ra'
Idgham terbahagi kepada 2 Iaitu:
1) Idgham Maal Ghunnah
2) Idgham Bila Ghunnah
Pengertian - Idgham Maal ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Maal Ghunnah BESERTA dengung.
Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ade 4 iaitu - Mim (م), Nun (ن), Wau (و), dan Ya' (ي)
Contoh-contoh Idgham Maal Ghunnah boleh tengok gmbar dibawah:
Pengertian - Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabung/memasukkan suara Nun Mati/Tanwin kedalam huruf Idgham Bila Ghunnah TANPA dengung.
Huru-huruf Idgham Bila Ghunnah ade 2 iaitu - Lam (ل) dan Ra' (ر)
Contoh-contoh Idgham Bila Ghunnah boleh tengok gambar dibawah:
Sunday, 7 December 2014
IDZHAR HALQI
Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong.
Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah.
Huruf-hurufnya:
Tanda-tanda bacaan:
Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.
Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara dengung.

Subscribe to:
Posts (Atom)